Category: News

LEBIH 40,000 PENGUNJUNG MEMBANJIRI HoT FM BIG JAM!

LEBIH 40,000 PENGUNJUNG MEMBANJIRI HoT FM BIG JAM!

Petaling Jaya, 1 April 2019 – Lebih 40,000 pengunjung hadir membanjiri MAEPS, Serdang untuk menyaksikan konsert Hot FM Big Jam di yang dibawa khas stesen radio Hot FM dengan
kerjasama Malaysia Riders 2019 dan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) pada Sabtu lepas.

Ia merupakan satu angka yang amat memberangsangkan setelah tujuh tahun direhatkan. Konsert ini bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam. Paling menarik, kehadiran kumpulan Hujan begitu dinanti-nanti apabila pengunjung tanpa mengira usia datang seawal jam 12 tengah hari walaupun program dijadualkan bermula pada sebelah petang hingga lewat malam. Hujan yang popular dengan lagu Aku Scandal, Mencari Konklusi dan Dugaannya itu terbukti apabila setiap kali namanya disebut akan disambut dengan sorakan dan tepukan paling bergemuruh.

Selain Hujan dan Kugiran Masdo turut hadir pada konsert sebelah petang ialah barisan artis popular lain seperti Wany Hasrita, Syamel, Xpose, Aiman Tino, One Avenue Band, Nabila Razali, Ippo Hafiz dan Caliph Buskers. Pada sebelah malam pula dapat menyaksikan persembahan Haqiem Rusli, Hazama dan The Penglipur Lara, Siti Sarah, Neon, Ayda Jebat, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ara Johari dan Faizal Tahir. Tidak ketinggalan penyampai radio Hot FM seperti Shuk, Shuib, Fizie, El, Deen, Haziq, Zetty serta personaliti digital Sarancak turut serta memeriahkan acara. Menurut Ketua Audiens Melayu, Ripple, Nik Nor Azura Nik Mahmood, “kekukuhan jenama Big Jam itu sendiri terbukti masih bertahan meskipun kali terakhir dianjurkan pada tujuh tahun yang lalu. Meskipun sudah lama tidak dianjurkan, ternyata jenama Big Jam ini masih terus ada pengikutnya. Terutama yang mengikutinya sejak dianjurkan belasan tahun lalu, mereka terus menjadi penyokong kuat bagi stesen radio Hot FM.” “Tidak ketinggalan, saya percaya ada kalangan pengikut baru juga dalam lingkungan pendengar remaja. Berdasarkan kehadiran hari ini, kita dapat sambutan daripada pelbagai
lapisan umur,” katanya.

    Leave Your Comment Here