Category: News

Ripple Kini Lebih Urban!

Ripple Kini Lebih Urban!

Media Prima Berhad telah mengumumkan pertukaran nama Rangkaian Radio Media Prima kepada Ripple, dan sekaligus melancarkan tujuh lagi platform digital di bawah jenama baharu tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Seelan Paul berkata, antara tujuh platform digital yang diperkenalkan itu adalah untuk menarik lebih ramai lagi pengguna digital selain meluaskan lagi kumpulan sasaran.

“Menerusi tujuh platform digital ini, sasaran penggunanya akan lebih luas dan sekaligus dapat memenuhi kehendak pelanggan untuk memasarkan produk mereka kepada mana-mana pengguna sesuai”

” Ia juga dijalankan dengan menggunakan kaedah sinergi bersama-sama stesen radio dan e-dagang, Super Deals”

“Setiap pelantar digital berkenaan mempunyai laman web , laman sosial dan personaliti tersendiri. Dan, yang paling penting adalah isi kandungannya perlulah sesuai dengan kumpulan sasaran.” Kata Seelan semasa majlis pelancaran Ripple.

Antara tujuh platform digital berkenaan adalah, Lunaria dan Thelaki (Hot FM), Donna dan Dhia ( Kool FM), Likely (Fly FM), serta Chapters dan Wakeke (One FM).

Majlis tersebut juga turut disempurnakan oleh Pengarah Urusan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid.

 

Source : XTRA

    Leave Your Comment Here